Anak lembu emas
Anak lembu emas

Anak lembu emas

Anak lembu emas (עגל הזהב Egel haZahav) merupakan berhala yang dibuat oleh bangsa Israel ketika Musa (Moses) naik ke Gunung Sinai. Kejadian ini juga dikisahkan dalam Al-Qu'ran, dalam Surah Taha (Surah 20).[1] Menurut kitab Keluaran[2] (buku 'Exodus' dalam Kitab Bible), anak lembu emas ini dibuat oleh Harun (Aaron) untuk menuruti keinginan bangsa Israel, sedangkan al-Quran menyebutkan pembuatnya bernama Samiri (Samaritan). Pemujaan lembu jantan dilakukan dalam banyak budaya. Di Mesir, dari mana datangnya Bani Israel mengikut pengisahan Exodus, berhala lembu jantan Apis merupakan berhala pujaan yang agak sama; ini membawa kepada pendirian beberapa pihak bahawa kaum Ibrani menghidupkan kembali pemujaan lembu.[3] Beberapa pihak lain pula mempercayai Tuhan bani Israel (Elohim) dikaitkan dengan imej dewa anak lembu/lembu jantan melalui proses asimilasi agama dan sinkretisme. Lembu jantan liar (auroch atau urus)[4] dipuja sebagai tuhan atau makhluk ciptaan tuhan El di kalangan jiran bangsa Ibrani di wilayah bedekatan Laut Aegea dan Timur Dekat purba. Dalam Bahasa Ibrani, kejadian ini dikenali sebagai "Chet ha'Egel" (חטא העגל) atau "Dosa Anak Lembu".

Rujukan

WikiPedia: Anak lembu emas http://anwary-islam.com/prophet-story/musa3.htm http://www.islamfrominside.com/Pages/Tafsir/Tafsir... http://jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=45&le... http://www.rabbifohrman.com/series.cfm?SerieID=24 http://al-quran.info/#&&sura=20&aya=83&trans=en-sh... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=auroch http://www.ein-hod.israel.net http://www.chabad.org/search/keyword.asp?kid=1284 http://alkitab.sabda.org/bible.php?lang=id&version... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Golden...